Bagaimana Kaussar Berfungsi Dari Dalam Untuk Memulihkan Kulit Ekzema?
Bermula dari Akar Masalah: Usus yang “Bocor”
- Kebanyakan pesakit ekzema hanya fokus kepada kulit yang gatal dan luka, sedangkan punca sebenar bermula jauh di dalam sistem penghadaman iaitu di usus.
- Dalam tubuh manusia, terdapat lebih 70% sistem imun yang berada di kawasan usus, dikenali sebagai Gut-Associated Lymphoid Tissue (GALT).
- Sebab itulah, bila lapisan pelindung usus ini terganggu, sama ada akibat makanan bergula, stres, ubat tahan sakit, atau antibiotik, maka berlakulah keadaan yang dipanggil “Leaky Gut Syndrome” (usus bocor).
- Bila usus bocor, molekul toksin, bakteria dan sisa makanan yang belum hadam boleh tembus masuk ke dalam darah.
- Sistem imun yang keliru akan anggap benda itu musuh, lalu menghasilkan cytokine keradangan yang berlebihan.
- Lastly, terjadilah keradangan yang keluar dalam bentuk kulit gatal, ruam, radang, dan luka ekzema.
Masuknya Kaussar: Kombinasi Probiotik + Prebiotik
- Kaussar direka dengan dua fungsi utama iaitu Fermentasi Probiotik dan Emulsi Prebiotik yang bekerjasama dalam bentuk synbiotic, iaitu sinergi antara probiotik dan prebiotik.
- Gabungan ini menjadikan Kaussar bukan sekadar minuman botani biasa, tetapi satu sistem hidup mikro yang aktif membaiki usus dari dalam.
Probiotik: Askar Baik yang Membaiki Usus
Komponen utama dalam Kaussar ialah hasil fermentasi tebu hitam, yang menghasilkan tiga mikroorganisma berfaedah:
1. Asid Laktik
- Bertindak sebagai probiotik hidup yang memulihkan keseimbangan flora usus.
- Menghasilkan asid laktik semulajadi yang menurunkan pH usus. Ini menjadikan persekitaran sesuai untuk bakteria baik, dan tidak sesuai untuk bakteria jahat.
- Bantu hasilkan short-chain fatty acids (SCFA) seperti butyrate, acetate, dan propionate yang memperbaiki sel usus dan menutup liang bocor.
- SCFA juga memberikan tenaga kepada sel dinding usus, menjadikan lapisan mukosa lebih kuat dan kurang sensitif terhadap toksin luar.
- Bertindak sebagai antioksidan semulajadi dan membantu detoksifikasi usus.
- Membantu menguraikan bahan makanan kompleks kepada bentuk yang mudah diserap.
- Dalam masa yang sama, menghalang pertumbuhan Candida (yis jahat) yang sering menyebabkan keradangan berulang.
3. Bakteria Fototropik (Fotosintetik)
- Ini adalah kumpulan bakteria yang luar biasa kerana mereka boleh menggunakan tenaga cahaya untuk memecahkan bahan organik berbahaya dalam tubuh.
- Mereka membantu mengitar semula bahan toksik menjadi sumber tenaga yang selamat.
- Hasil akhirnya, mikrobiom usus kembali seimbang, sistem imun jadi tenang, dan tindak balas alergi berkurangan.
Prebiotik: Makanan kepada Askar Baik
- Fermentasi Kaussar juga menghasilkan serat semulajadi daripada tebu hitam. Serat inilah yang bertindak sebagai prebiotik, iaitu makanan kepada bakteria baik.
- Tanpa makanan yang cukup, bakteria baik tak dapat hidup lama, sebab itu Kaussar menggabungkan keduanya serentak.
- Bila bakteria baik “makan” serat tebu hitam ini, mereka menghasilkan Short Chain Fatty Acids (SCFA) tadi iaitu bahan anti-keradangan semulajadi.
- SCFA seperti Butyrate membantu “menutup” semula liang bocor usus, Propionate kawal gula dalam darah, dan Acetate bantu menstabilkan pH usus supaya bakteria jahat tak membiak.
- Gabungan ini menjadikan Kaussar berfungsi secara simbiotik penuh (synbiotic), iaitu probiotik membaiki, prebiotik menyokong dan melindungi.
Kuasa Nutrisi dari Gula Tebu Hitam
- Tebu hitam bukan sekadar sumber manis semulajadi. Ia adalah bahan yang kaya dengan magnesium, potassium, kalsium, fosfat dan antioksidan tinggi.
- Antara manfaat utama gula tebu hitam dalam Kaussar:
- Menstabilkan gula dalam darah (GI rendah, sesuai untuk diabetes).
- Menurunkan kolesterol dan tekanan darah.
- Mengurangkan risiko strok.
- Mengandungi asid amino yang bantu menukar hormon tekanan kepada melatonin dan tryptophan, yang membantu tidur lena.
- Melindungi hati, paru-paru, dan sistem imun daripada jangkitan.
- Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan dengan meneutralkan radikal bebas.
Mineral dan Antioksidan: Tenaga Sokongan untuk Sel Kulit
- Selain bakteria baik, Kaussar juga mengandungi magnesium, potassium dan antioksidan daripada tebu hitam.
- Peranan setiap satu ialah:
- Magnesium → mengurangkan stres & membantu fungsi saraf dan otot, menjadikan tidur lebih lena (penting untuk penyembuhan ekzema).
- Potassium → menstabilkan tekanan darah dan keseimbangan cecair, mengurangkan bengkak dan radang kulit.
- Antioksidan → melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan mempercepat proses regenerasi kulit baru.
- Gabungan semua ni membuatkan Kaussar bukan hanya fokus kepada usus, tapi juga memberi tenaga dan nutrisi kepada sistem pertahanan badan secara menyeluruh.
Bila Usus Pulih, Kulit Pun Sembuh
Apabila mikrobiom usus kembali seimbang:
- Lapisan usus jadi kukuh dan tak bocor
- Toksin tidak lagi masuk ke darah.
- Sistem imun tidak lagi “terkejut” dan menghasilkan cytokine berlebihan.
- Hasilnya, keradangan kulit mula reda, gatal berkurang, luka cepat kering, dan kulit baru tumbuh lebih sihat.
Bahasa mudah fahamnya ialah,
“Kaussar tidak menyembuhkan kulit secara langsung, tapi membaiki kilang dalam badan yang menghasilkan sistem imun iaitu usus. Bila kilang dah elok, produk (kulit) pun elok.”
Proses Pemulihan Bertahap
- Dalam tempoh awal penggunaan (hari 1–14), sesetengah pengguna mungkin alami Healing Crisis(HC) contohnya kulit rasa makin gatal, atau radang naik sekejap.
- Itu tanda badan sedang detoksifikasi iaitu bakteria jahat dibunuh dan toksin keluar melalui kulit.
- Selepas fasa ni, tubuh mula menyesuaikan diri dengan mikrobiom baru yang lebih sihat.
- Biasanya, perubahan positif mula dirasai dalam 14–21 hari:
- Tidur lebih lena
- Kurang garu waktu malam
- Najis lebih lawas
- Kulit kurang kering
- Luka cepat kering
- Dalam 1–3 bulan, kesan lebih mendalam dapat dilihat. Kulit semakin pulih dan badan terasa lebih ringan serta tenang.
Semburan Kaussar di Kulit: Pemulihan Dari Luar
- Selain diminum, Kaussar juga boleh disembur pada kulit yang bermasalah seperti eczema, ruam, atau luka kecil.
- Semburan ini berfungsi sebagai “terapi mikro luar” kerana kandungan mikrob baik, mineral dan antioksidan Kaussar mampu:
- Menyeimbangkan mikrobiota kulit – sama seperti usus, kulit juga ada bakteria baik & jahat. Kaussar bantu memulihkan keseimbangan semulajadi kulit.
- Mengurangkan keradangan & rasa gatal – bakteria baik mengeluarkan enzim anti-radang yang menenangkan lapisan kulit.
- Mempercepatkan pertumbuhan sel baru – magnesium dan potassium bantu mempercepat regenerasi sel, menjadikan kulit lebih cepat pulih.
- Menyokong kelembapan semulajadi kulit – gula tebu hitam bertindak sebagai humektan, menarik air ke lapisan kulit dan menjadikannya lembap tanpa rasa melekit.
Comments
Post a Comment