FAQ KAUSSAR

 1. Kaussar ni produk apa sebenarnya?

Kaussar ni minuman botani probiotik & prebiotik — maksudnya minuman yang bantu baiki usus kita dari dalam. Bila usus sihat, kulit pun sihat. Ramai yang ambil Kaussar sebab masalah ekzema, sembelit, gastrik dan juga imun rendah.


2. Probiotik tu macam yogurt ke?

Lebih kurang macam tu, tapi Kaussar ni versi probiotik semula jadi hasil fermentasi tebu hitam. Dia ada bakteria hidup (baik) yang bantu kuatkan dinding usus. Bezanya Kaussar tak manis macam yogurt dan tak ada bahan tenusu.


3. Apa beza Kaussar dengan minuman biasa?

Bezanya, minuman biasa cuma bagi tenaga. Tapi Kaussar ni “repair” sistem dalaman iaitu dari usus, imun, sampai ke kulit. Dalam 1 botol, ada gabungan 3 mikroorganisma baik: asid laktik, yis & bakteria fotosintetik.


4. Siapa yang sesuai minum Kaussar ni?

Paling sesuai untuk yang ada masalah kulit (macam ekzema, psoriasis), alahan, sembelit, gastrik, atau selalu lesu. Tapi kalau orang sihat pun boleh minum untuk kuatkan imun & cuci toksin badan.


5. Anak-anak boleh minum juga ke?

Boleh! Tapi dos dia kena sikit je. Kalau umur bawah 2 tahun, ambil separuh sukatan orang dewasa. Jangan risau, Kaussar tak ada bahan kimia atau ubat. Dan tiada overdose.


6. Macam mana rasa dia?

Rasa dia masam-masam manis macam air mata kucing. Sebab dia hasil fermentasi semula jadi tebu hitam, bukan gula putih. Ramai kata lama-lama boleh ‘ketagih’ sebab rasa fresh dan ringan lepas minum 😄


7. Macam mana cara minum Kaussar ni?

Campur 15ml Kaussar Probiotik + 1 sudu Kaussar Prebiotik dalam secawan air kosong. Minum 3 kali sehari (pagi, tengah hari & malam sebelum tidur).
Nak cepat baik, boleh juga sapu atau spray terus kat kulit luka.


8. Kena pantang makan ke masa minum Kaussar?

Tak perlu pantang ketat. Untuk sebulan pertama, elakkan makanan berunsur gluten, makanan berminyak, susu, gula, kopi, bergas, dan makanan proses sebab semua tu ganggu bakteria baik. Stop dulu ambil supplement lain.. Kalau perlu makan ubat doktor, jarakkan 2 jam.. Kalau boleh, banyakkan minum air kosong supaya toksin senang keluar. Kami minta pantang makan mengikut jenis darah. 


9. Berapa lama boleh nampak kesan?

Biasanya dalam 14 hari pertama dah mula rasa perubahan macam najis lebih lawas, gatal berkurang, dan kulit mula kering. Tapi setiap orang berbeza. Ada yang ambil masa sebulan ikut tahap usus masing-masing.


10. Kenapa bila mula minum Kaussar, gatal makin kuat?

Tu dipanggil healing crisis. Tanda tubuh tengah buang toksin & bakteria jahat keluar. Biasa berlaku dalam minggu pertama. Lepas tu makin reda.
Saya selalu pesan: jangan risau, teruskan minum ikut dos.


11. Kalau sapu Kaussar kat kulit tu tak pedih ke?

Betul, dia akan pedih sekejap. Tapi lepastu kulit akan rasa okay dan mengurangkan flare. Kaussar tu boleh spray atau sapu guna kapas lembut. Dia bantu luka kering & matikan bakteria kulit. Ramai pengguna ekzema guna cara ni sebab cepat bagi lega. Kalau tak tahan, boleh ambil kapas lembut dan tekap dekat tempat luka tu.


12. Kaussar ni ada bahan kimia ke?

Tak ada langsung. 100% dari fermentasi tebu hitam, bakteria baik, yis dan mineral semula jadi (magnesium, potassium, antioksidan). Tak ada pengawet, pewarna atau gula tambahan.


13. Boleh ke ambil Kaussar dengan ubat hospital?

Boleh, tapi elakkan ambil serentak. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam. Sebab antibiotik boleh bunuh bakteria baik dari Kaussar.
Kaussar bukan ubat, tapi makanan tambahan untuk bantu tubuh pulih semula.


14. Macam mana Kaussar boleh bantu kulit saya pulih dari dalam?

Kaussar repair usus → usus kuatkan imun → imun kawal radang kulit.
Bila bakteria baik dah seimbang, tubuh hasilkan short-chain fatty acids (SCFA) yang bantu baiki sel kulit baru. Sebab tu luka makin cepat kering dan tak bernanah.


15. Macam mana nak simpan Kaussar?

Simpan suhu bilik je, tak perlu peti ais. Jangan goncang kuat sebab ada bakteria hidup kat dalam, nanti dia ‘meletup’ bila buka penutup 😂


16. Kenapa produk ni mahal sangat?

Betul, saya pun faham. Tapi bila fikir semula, kita dah belanja lebih banyak untuk ubat, steroid, atau krim yang tak kekal. Kaussar ni rawat dari akar, dari dalam. Kalau badan sihat, kulit ikut sembuh.
Kalau kamu rasa nak cuba dulu, ambil 1 set kecil pun tak apa. Nanti bila nampak hasil, baru teruskan.


17. Takut tak serasi la. Dah banyak produk saya cuba.

Normal rasa macam tu. Tapi beza Kaussar ni, dia tak serang kulit tapi dia rawat usus. Sebab tu healing dia perlahan tapi stabil.
Dan kalau ikut cara betul, in shaa Allah nampak perubahan. Ramai pengguna dulu pun skeptikal, tapi lepas seminggu, teruskan sebab rasa badan makin ringan.


18. Kalau tak jadi macam mana?

Kalau betul-betul tak ada kesan langsung, boleh return. Tapi setakat ni belum ada kes yang kosong macam tu. Biasanya mesti ada perubahan, paling tidak pun pembuangan lancar & tidur lebih nyenyak.


19. Saya ni sibuk, boleh ke nak konsisten minum 3 kali?

Boleh, sebab tak perlu masa lama pun. Campur je dalam air kosong. Pagi waktu bersiap, tengah hari sebelum makan, malam sebelum tidur.


20. Macam mana nak order? COD ada ke?

Boleh order terus dengan saya 😄 Biasanya saya akan tanya sikit tentang keadaan kulit dulu supaya boleh guide cara minum yang sesuai.
Lepas tu saya terus urus penghantaran, boleh COD, boleh pos. Yang penting, saya akan follow up sampai nampak perubahan.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Kaussar Berfungsi Dari Dalam Untuk Memulihkan Kulit Ekzema?

Kenapa Perlu Tahu Pasal Bakteria Baik?