Boleh ke Probiotik bantu rawat Ezcema? Apa peranan Probiotik ni?

 

  • Pertama, Probiotik ni bakteria baik yang hidup. Contohnya seperti Lactobacillus & Bifidobacterium.
  • Bila kita minum probiotik, bakteria baik ni masuk ke usus dan:
    1. duduk di dinding usus (macam penjaga pintu),
    2. hasilkan bahan yang lawan bakteria jahat,
    3. dan keluarkan Short-Chain Fatty Acids (SCFA) macam butyrate yang penting untuk kesihatan usus.
  • Kedua, Probiotik akan “membaiki pagar usus” (Gut Barrier).
  • Bayangkan dinding usus ni macam penapis jaring halus.
  • Kalau bakteria jahat berlebihan, jaring ni akan koyak.
  • Jadi toksin dan serpihan makanan boleh masuk ke dalam darah. Itu yang jadi sistem imun abang akak terkejut. Lepastu terus keluarkan cytokine yang berlebihan. Sebab cytokine berlebihan ni lah kulit abang akak naik radang.
  • Bila ada cukup probiotik:
    1. Mereka hasilkan butyrate, acetate & propionate (SCFA),
    2. SCFA ni tutup semula liang usus,
    3. dan kuatkan lapisan mukosa supaya toksin tak boleh bocor lagi.
  • Inilah cara eczema mula reda dari akar.
  • Ketiga, Probiotik lawan bakteria & yis jahat.
  • Dalam usus orang eczema, selalu ada bakteria jahat macam Clostridium, Candida atau Staphylococcus aureus.
  • Probiotik akan hasilkan bahan semulajadi dipanggil bacteriocins. Bacteriocins ni macam “antibiotik semulajadi” yang bunuh bakteria jahat tanpa ganggu bakteria baik.
  • Bila bakteria jahat berkurang, usus tak lagi keradangan, so kulit pun kurang gatal.

  • Keempat, Probiotik tenangkan sistem imun (Modulasi Imun).
  • Sistem imun kita ada 3 watak utama:
    1. Th1 (penyerang virus & bakteria)
    2. Th2 (pengeluar antibodi)
    3. Treg (Regulatory) – pengawal yang tenangkan dua-dua.
  • Utk penghidap ekzema, badan dia ada Th2 yang terlalu dominan. Th2 nilah yang keluarkan antibodi IgE yang menyebabkan kulit cepat gatal, merah, dan bengkak.
  • Apa yang probiotik bantu utk sistem imun ni?
    1. Naikkan semula aktiviti Th1 (supaya seimbang),
    2. Aktifkan Treg, jadi sistem imun lebih tenang,
    3. Kurangkan IgE, maka kulit tak overreact lagi.
  • Inilah sebabnya kulit eczema boleh sembuh perlahan-lahan bila usus kembali seimbang.
  • Mudah faham beginilah abang akak,
  • “Bayangkan badan kita ni satu taman. Dalam taman ni ada bunga (sel badan) dan juga tanah (usus). Kalau tanah tu kering dan penuh kulat, bunga pun jadi rosak. Jadi Kaussar ni bantu ‘suburkan semula tanah’ dia tanam balik bakteria baik supaya pokok (kulit kita) boleh tumbuh sihat.”

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Kaussar Berfungsi Dari Dalam Untuk Memulihkan Kulit Ekzema?

FAQ KAUSSAR

Kenapa Perlu Tahu Pasal Bakteria Baik?